Kotak Bunyi



Sesat?

Kroni

Hati Muda

Posted by -Mind Pollution-

Dalam forum ireans . Tajuk " Adekah Kedua Ibu Bapa Kita Sentiasa Betul??? " aku rasa terpanggil pula nak berblogkan tajuk ini.Terima kasih lah pada eastman sebab buka topik itu.Sudah tentu lah aku akan jadi kaum minoriti sebab aku lebih suka bercerita secara realiti berbanding bercerita tentang indah dunia dari buku. Ahhh harus diakui juga seburuk atau seteruk mana ibu bapa kita , biarpun tiri ,angkat, baptis (keh keh keh ) ketetapan menghormati mereka tetap kena ada.


Aku golongan budak budak.Walaupon aku takpernah setuju dengan gelaran itu.Gelaran yang dianugerahkan untuk menutup pintu berhubung antara orang muda dgn mereka yang lebih dewasa.Gelaran yang diberi supaya dapat menyekat "budak budak" dari mencelah apa apa topik yang mereka bincangkan ..dan pasti keluar satu ayat."
budak budak jangan menyampuk cakap orang tua".Kenapa perlu dibeza beza sebegitu? Sedangkan pendapat yang diCelah..tak lari dari topik pon..kadang kadang bukan menyampuk..tapi cuba ambil tahu .Jadi apa rasionalnya dihalang kita dari berborak dengan orang yang lebih tua? Kalau yang dibincangkan itu tentang cara cara berjimak.

Mungkin dan hanya mungkin yang muda akan terdiam dan dengar.



Owh jauh menyimpang. Aku Budak budak,jadi aku tahu rasa jadi remaja.Aku faham naluri yang sentiasa memberontak serta tak pernah haus mencari keseronokan . Walaupun dengan jalan yang sangat Bodoh. Ya.Zaman dah berubah..kalau dulu nakalnya mencuri ikan dari kolam si Rama, beramai ramai masuk kebun si Ah Peng, Mengenyit mata yang biasanya diselangkan dgn bunyi siulan bila anak gadis Pak Abu melintas.Tetapi sekarang. Sudah tercapai tahap cabul mencabul,rakam merakam,upload mendownload,sebar menyebar.dan ini baru ketegori kurang ajar.
Untuk melihat kemulian sesuatu bangsa.Hakimi anak muda mereka.

Entah di mana silapnya masyarakat kita.Sentiasa mencari kambing hitam baru untuk disalahkan .Melihat pada diri sendiri ?lupakan masyarakat kita mmg sentiasa betul ..Tidak pernah teringat ..semakin kita rasa kita ini benar. Semakin jauhlah kita dari kebenaran.

Sedarlah masyarakat kita makin sakit.


Sakit mencari duit ,wang, pitih,money, sudah berbudaya serta beradat resam dalam masyarakat kita.Kesibukan itu juga yang menjadi alasan untuk kita terus menerus mengabaikan tanggungjawab kita. Penyebabnya?mencari keselesaan keluarga..kalau sudah siang malam keluar kerja .Keluarga terabai..dari segi mana kita selesa? Sewaktu anak masih kecil sudah pasti mereka tidak pasti mengapa ibu bapa terlalu sibuk bekerja.Lama kelamaan? Bila sudah kenal uda dan dara? mereka pon sudah malas untuk mengerti.


Hdup ini proses belajar...belajar

LINEN -Madhouse

In time..parenthood are busy..
Children..not to felt so easy..
Why..there are always meant to live..

Linen..so smooth that i touch you..
Freedom..world has gone to nowhere..
Why..it wasn’t for territory?

I’m Crying..I’m blinded..
So teach(tease) me how to save an important time..
I’m Falling..I’m wasted..
I’m losing and my heart were throwed down..

High..Cold..Far for me…
Lie..is so high to see..

Shift up..calling up intention..
Build up..life is so wonderfull..
Why..there are always meant to free?

Linen..so cool there..i worn you..
Save me..lets we deal on issue..
Fight for what we need to be..


Setia Bercinta

Posted by -Mind Pollution-

Sedar tak sedar .kerana aku suka sangat buat kerja yg aku buat sekarang..buat aku terlupa. Terlupa yang dah lebih lima tahun aku dekat sini. Yah...lima tahun bukan sekejap..dari aku pinjam motor emak,dah ada motor sendiri.ahaks!!~pencapaian yg kecil kalau nak dibandingkan dgn orang lain . Tapi besar nilai nya pada diri. Dari belajar menaip,hingga ke networking,dari mirc hingga ker ym ,dari networking baru menceburkan diri blajar hardware serta mengenal software.

(Encik Bos. kadang kadang aku panggil encik kapitalis hahah)

Terima Kasih Banyak Banyak pda bos aku yg gila ni . Terima kasih beri aku peluang dan berjaya paksa aku blajar benda yg sebelum nih aku fuck sangat sangat.

Dari jaga cybercafe,jadi tukang repair pc..walaupon tidaklah indah sangat perjalanan hidup aku tapi bila die fikirkan balik. Banyak juga pencapaian aku dah mark. Dan ramai juga yg aku dah ajar,maksud aku budak budak pratikal. Hurm semoga ilmu yg dah diajarkan tuh digunakan sebaik mungkin .Penat tau mengajar budak pratikal nih.kalau kena yang betul nak belajar takper. Kena yang datang sebab dipaksa mak ayah? Aku juga yang sakit jiwa.

Kadang kadang orang tanya juga kat aku..napa tak cari kerja lain?wah!~penat juga nak menjawab. Sebab takder kerja lain. Itu jawapan biasa yang akan aku bagi. Sebenarnya, aku sediri tak tahu kenapa aku susah nak cari kerja lain. Mungkin dah sebati kerja dekat sini.

Keluar pagi balik petang,adakala sampai malam.Aha serupa pula dengan kes aku
Sepanjang lima tahun di sini ramai juga kawan datang dan pergi. ahh mereka semua ada kehidupan sendiri..yang penting semua bergerak kehadapan,semua kejar masa depan.Tapi ,terkejarkah aku? penat kalau aku fikirkan. Bukan tak mahu ,mungkin tak berkesempatan. Harap tuhan permudahkan hidup aku serta hidup kalian......kerja nih macam bercinta juga,setia pon tak guna kalau tak dihargai.So hargai lah kerja kita.

Mari layan radiohead no surprises-

A heart thats full up like a landfill,
A job that slowly kills you,
Bruises that wont heal
You were so tired, happy,
Bring down the government,
They dont, they dont speak for her
Ill take the quiet life, a handshake of carbon monoxide