Kotak Bunyi



Sesat?

Kroni

Penghormatan Terakhir.

Posted by -Mind Pollution-

"Heloo emak,Apis nak masuk belajar"

"Belajar?mana nak cari duit?adik adik ko pon ramai lagi nak sekolah"

3 tahun lepas.yups masih segar dalam kotak fikiran aku. Ayat dari seorang bonda yang dah penat dgn karenah anak anak . Yang kecewa dgn sorang dua perangai anak anak yang bila dah besar lupa diri.Ayat yang buat aku rasa sedih sangat sangat..... yer aku menangis masa terima jawapan tuh..

Hari ini. 28.7.2009 aku dah buat keputusan drastik. Adik aku yang sorang tuh pon dah habis sekolah dah pandai cari duit sendiri.Maafkan aku kalau aku nih pentingkan diri sebab aku masuk belajar.Kau tak dapat further study kau..ampun.

Keputusan yang aku harap akan mengubah corak perjalan hidup aku. Keputusan yang menjanjikan harapan yang lebih cerah .

Yer Sambung Belajar.

Mula mula terasa juga ,aku dah lambat kot kalau nak masuk belajar. Tapi terima kasih sangat sangat kat kawan kawan .Banyak bagi semangat . Umur bukan soal kot..lagi pon aku dah lama sangat kerja kat kedai komputer tuh.Kolej Komuniti. Satu nama yang tidak berapa gah kalau nak di bandingkan dgn institusi pelajaran yang lain.Tapi terima kasih juga pada kerajaan sebab wujudkan satu tempat belajar khusus untuk budak macam aku nih.budak yang takder masa depan.

terima kasih pada semua

terima kasih pada bonda yang sanggup pinjamkan duit untuk aku sambung belajar..katanya dia keluarkan duit bank...tapi anak mu ini lebih mengerti ibu, pasti ibu aku dah pinjam dgn sesiapa...yang aku sendiri tak kenal...terima kasih

Ubuntu .... membuntukan?

Posted by -Mind Pollution-

Hari ini dgn pertolongan Encik Sukarnoe.Berjaya juga mengcompizkan ubuntu aku.. arghh pening juga..sambil buat sambil mendengar.dalam faham ngan tak faham jadi juga..Tuhan jer kot yang tahu macam mana excitednya aku bila jadi,hahah mungkin itulah perasaan newbie macam aku nih..well aku nak tunjuk screenshot untuk windows 7 aku dulu..


windows 7



Walaupun tiada kepentingan tapi bila dapat buat sesuatu dan ianya menjadi?keseronokannya?kepuasannya? hahah lagi tinggi dari dapat berSms dgn awek. Kemampuan ia untuk flip 360 darjah buat aku teruja sekali :)) . Selama melayan windows tak pernah pon aku nak cuba benda macam nih.


Yang Ini nampak macam bontot kan? sebab tuh ler kot nama dia Ubuntu.



Ubuntu :
is an African word meaning 'Humanity to others', or 'I am what I am because of who we all are'

Salute untuk semua developer Linux.



Download.Aku Bosan

Posted by -Mind Pollution-

Contoh Band Masa Depan Malaysia.


Salute walaupon aku kasi link download .Harap anda dapat kan yang original sebab sangat berbaloi dimiliki.


Plague Of Happiness






Download

Size:62434 KB

Status:File



Second Combat & Motivation

Size:33586 KB
Status:File available

Plague Of Happiness -acoustic

Posted by -Mind Pollution-

"Biar ia pergi,
Kerna tak sanggup aku lagi duduk di depan tv,
Kerna kau tiada lagi,
Karya indah yang tak terperi bisa mengusik isi hati ini,


Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang

Bila engkau datang,
Ia penuhi dengan perang tentang dunia yg semakin kejam,
Tiada lagi kedamaian dan satu hati,
Tapi kemusnahan yang tak terhenti,
Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang

Cuba kau perhati,
Dimana letak isi hati warna pancaran media kotak tv,
Tiada lagi erti sebenar satu hati kemanusiaan hilang tak bererti,
Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang"


..... aku pon terpikir. tentang masa hadapan..