Kotak Bunyi


Sesat?

Kroni

Satu hari.

Posted by -Mind Pollution-

Capai sebatang rokok..hisap hembus penuhi paru paru dgn karbon monoksida tempel kan sekali nikotin pada kotak otak.….Fuhh….berakhir satu hari yang bosan ,akan bermula pula satu hari lagi yang bosan.Hari yang bermula tanpa punch card,tanpa lepak di kedai minum,tanpa perlu lagi on plug suis untuk hidup kan computer server,tanpa leteran serta soal jawab kalau aku datang lambat.

Tanpa cabaran.
Aku dalam kekalutan . Tak tahu samada aku gembira atau aku sedih.Gembira kerana terlepas dari satu tanggungjawab terhadap kerja ,atau sedih kerana memikirkan bagaimana cara nak dapat kan beberapa keping kertas. Kertas yang digunakan hari-hari .Kertas yang menjadi penentu ukur taraf kehidupan seseorang zaman ini…duit. Takder duit, takder kehidupan.Takder duit ,jangan senyum,bercakap,berfikir,melawan,makan ,minum…you are totally nothing without money.Err… dgn keadaan ekonomi sekarang ini rasanya tanpa duit lebih baik anda jangan sakit..sebab kalau anda sakit juga kemungkinan besar wad anda adalah diluar…lebih baik cari bomoh.Yang upahnya sekadar seikhlas hati atau sekotak rokok..
First day di tempat belajar.. persekitaran yang standard untuk menimba ilmu.Lengkap fasilitasinya.Cuma menyedihkan ..tertanya pula aku ,”tempat cantik.tapi mereka yang ada disini nak belajar ker?atau sekadar melunaskan segala perintah ibu bapa?”atau hanya nak bergaya dgn rakan sebaya?mencari jodoh?ntah lah aku tak tahu..
Yups tempat cantik.tapi pelajar ramai yang zero.kenapa nak ambil kursus IT kalau pengetahuan dan minat terhadap computer serta segala macam suku sakat nya nil?Ah…mungkin hanya nak dapatkan status sebagai pelajar.Atau inginkan biasiswa serta elaun dari kerajaan…mungkin..kenapa nak ambil it kalau pengang mouse pon tak pernah?
Takpe lah ..mari semua belajar.. kita timba ilmu sama sama . Kita kongsi segala pengetahuan kita.Terlupa disini ada pondok wakaf untuk perokok.Ah…indah dunia .
Hari ini. Aku sudah sarungkan tag nama aku.Tertera jelas kod & nama pelajar.Dengan nama kolej sekali.Hari ini rasmi sudah aku bergelar pelajar.Belajar lah aku dengan budak baya adik adik aku . Bukan satu masalah pon pada aku sebab aku tak pernah beza kan seseorang itu dgn angka,dengan agama, dengan bangsa,dengan berapa botol mereka boleh telan alcohol satu hari..semua nya sama pada aku. Tapi sudah tentu yang ada pengangan utuh jadi sanjungan kan?
Ah bosannya …hari hari berlalu tanpa mendownload video ,game, atau lagu..Tanpa menganggu user user forum Ireans atau Selamba.

Aku capai sebatang rokok lagi.


[b][i][color=#FF0000]This post was my opinion today. It cant be used against me in tomorrow or later. In addition, I reserve the right to change views without giving any reason. [/color] [/i] [/b]