Kotak Bunyi


Sesat?

Kroni

Penghormatan Terakhir.

Posted by -Mind Pollution-

"Heloo emak,Apis nak masuk belajar"

"Belajar?mana nak cari duit?adik adik ko pon ramai lagi nak sekolah"

3 tahun lepas.yups masih segar dalam kotak fikiran aku. Ayat dari seorang bonda yang dah penat dgn karenah anak anak . Yang kecewa dgn sorang dua perangai anak anak yang bila dah besar lupa diri.Ayat yang buat aku rasa sedih sangat sangat..... yer aku menangis masa terima jawapan tuh..

Hari ini. 28.7.2009 aku dah buat keputusan drastik. Adik aku yang sorang tuh pon dah habis sekolah dah pandai cari duit sendiri.Maafkan aku kalau aku nih pentingkan diri sebab aku masuk belajar.Kau tak dapat further study kau..ampun.

Keputusan yang aku harap akan mengubah corak perjalan hidup aku. Keputusan yang menjanjikan harapan yang lebih cerah .

Yer Sambung Belajar.

Mula mula terasa juga ,aku dah lambat kot kalau nak masuk belajar. Tapi terima kasih sangat sangat kat kawan kawan .Banyak bagi semangat . Umur bukan soal kot..lagi pon aku dah lama sangat kerja kat kedai komputer tuh.Kolej Komuniti. Satu nama yang tidak berapa gah kalau nak di bandingkan dgn institusi pelajaran yang lain.Tapi terima kasih juga pada kerajaan sebab wujudkan satu tempat belajar khusus untuk budak macam aku nih.budak yang takder masa depan.

terima kasih pada semua

terima kasih pada bonda yang sanggup pinjamkan duit untuk aku sambung belajar..katanya dia keluarkan duit bank...tapi anak mu ini lebih mengerti ibu, pasti ibu aku dah pinjam dgn sesiapa...yang aku sendiri tak kenal...terima kasih

7 comments:

  1. Strobery.itu.aku said...

    MP, sedih la entry kau ni. aku pun camtu gak. nak blaja tp adek2 rmi lg kt bwh. last2 ak keje dlu, dah keje kumpol duet pakai duet sendri. kesian mak kita kan.

  2. -Mind Pollution- said...

    jadi..kalau kita nak bahagia kan orang lain ..atau anak orang lain.kita bahagia kan emak kita dulu betul tak?suami,bini,pakwe,makwe,mama,papa, semua ada galang ganti..ibu kita ada satu jer .

  3. WAFDA said...

    salam. ;]
    cik din !
    pertamenye nak ucapkan tahniah setinggi2 tahniah, kini sudah bergelar mahasiswa.
    syabas buat anda ! rebutlah peluang yg kini sudah di depan mata. lakarilah sebaik mngkn . majukanlah dirimu . pasti dihujungnye beroleh kejayaan yg mampu mengubah corak kehidupan anda ! percayakanlah !

    >> .terusik jiwa dikala m'bce coretan ini. sungguh ! sy msh beruntung dpt smbg belajar tinggi2 tanpa fikirkan soal wang ! tanpa fikirkan bebanan hidup ! tanpa fikirkan segale hal yg mematahkn smgt juang belajar !

    .(tq so much buat ayahanda dan bondaku,kalian masih memberikan anakmu ini peluang belajar meskipun bnyk kekhilafan yang tlh anakmu lakukan.kalian sanggup berkorban wang dan harta demu anakmu ini.kalian sanggup mengenepikan keinginan kalian buat anakmu ini.terima kasih xterhingge.jasamu ku kenang dlm tiap kali ku berdoa ). [maaf lah cik din.beremosi seketike..heheh ;)]

    akhir kate,(ceyh ingt ucapan ke hape ni)wawawa ;P

    .selamat berjuang cik din !.
    .kejayaan milik anda ! pasti ade untuk anda .

    " ...Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan..."

    sekian,wassalam.

  4. SwEeTFoResT said...

    erm..sediyh nyer..wat yg terbaik keyh..

  5. Anonymous said...

    betul tu.....
    hope blajar dengan gigih dan dapat membawa segulung kejayaan untuk bonda tersayang.......=)

  6. Entakinting Tak Eh said...

    sedih nyah.....apa apa pon terima kasih kerajaan....

  7. IeLa91 said...

    touching bca ni.huuuu=))